Wednesday, 6 February 2013

Laporan KAGUM 2012


Laporan Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) 2012
Tarikh: 10 hingga 15 Jun 2012
Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis
Pada 10 hingga 15 Jun yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu lintang telah menyertai Karnival Aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (KAGUM) anjuran IPG Kampus Perlis dan bertempat di IPG Kampus Perlis, Perlis. Penganjuran KAGUM pada kali ini telah menggabungkan tiga gerak kerja kokurikulum iaitu olahraga, unit beruniform dan persatuan. Selain itu, terdapat juga pertandingan mono drama dan pertandingan nyanyian antara IPG. Sebanyak 27 IPG telah mengambil bahagian dalam semua acara yang telah dipertandingkan.
IPG Kampus Batu Lintang telah menghantar 27 orang atlit olahraga, 10 peserta unit beruniform, 2 peserta mono drama dan seorang peserta untuk pertandingan nyanyian. Pihak IPG juga telah menghantar beberapa orang pensyarah pembimbing ke KAGUM. Antara pensyarah yang terlibat ialah Encik Jamiran bin Salam selaku Timbalan Pengarah, Encik Amy anak Dusin, Encik Abang Ismail, Encik Mahadi, Encik Wahid, Encik George Diie, Encik Razali bin Haji Yu, Ustaz Mahadi dan Cik Lucy Rossy Sylvester.
Perjalanan kontinjen IPG Kampus Batu Lintang bermula pada 8 Jun dan tiba dengan selamatnya di IPG Kampus Perlis pada 9 Jun. Walaupun terpancar kepenatan pada muka semua peserta, namun masing-masing masih bersemangat untuk meneruskan misi yang belum terlaksana di IPG Kampus Perlis.
  Pada 10 Jun, program bermula dengan penyesuaian padang oleh semua IPG di Stadium Utama Kangar Perlis. Semua kontinjen kelihatan bersemangat untuk berlatih pada saat-saat akhir sebelum pertandingan bermula pada keesokan harinya. Gambar menunjukkan penyesuaian padang yang dibuat oleh semua kontinjen menjelang hari pertandingan.

Hari yang dinanti-nanti pun tiba iaitu hari yang akan menyaksikan 27 buah IPG bertarung untuk merebut pingat dan johan bagi setiap acara. Pada hari pertama ini (11 Jun 2012), antara acara yang disertai oleh atlit IPG Kampus Batu Lintang ialah:
·         100 meter wanita dan lelaki
·         100 meter lari berpagar wanita
·         110 meter lari berpagar lelaki
·         400 meter wanita dan lelaki
·         1500 meter wanita
·         5000 meter lelaki
·         Lontar peluru lelaki
·         Rejam lembing wanita
·         Lompat tinggi lelaki

Pada hari pertama ini, ramai atlit dari IPG Kampus Batu Lintang yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan tidak kurang juga yang ke layak ke peringkat akhir. Atlit bagi acara rejam lembing wanita iaitu Lydia Chinda Awel berjaya merangkul pingat perak bagi acara rejam lembing wanita.
Pada hari kedua kejohanan olahraga, iaitu pada 12 Jun 2012,  persaingan di antara IPG semakin sengit . Setiap IPG kelihatan bersungguh-sungguh menaikkan nama IPG sendiri dengan melakukan yang terbaik untuk diri dan juga IPG masing-masing. Pada hari kedua ini, acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
·         200 meter lelaki dan wanita
·         4x100 meter lelaki dan wanita
·         400 meter lari berpagar lelaki dan wanita
·         1500 meter wanita
·         Rejam lembing lelaki
·         Lontar peluru wanita
·         Lompat  jauh lelaki dan wanita

Pada hari kedua ini, ramai atlit dari IPG Kampus Batu Lintang yang berjaya melayakkan diri ke separuh akhir dan akhir. Antara acara yang berjaya ke peringkat akhir ialah 1500 meter wanita, 400 meter lelaki, 4x100 meter lelaki dan 200 meter lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, IPG kita tidak berjaya merangkul sebarang pingat pada hari tersebut kerana saingan yang amat sengit yang diberikan oleh IPG lain.
Hari kemuncak bagi semua acara telah pun menjelma tiba iaitu pada 13 Jun 2012. Persaingan semakin sengit antara semua IPG yang terlibat. Ramai atlit yang telah mengalami kecederaan dan tidak kurang juga yang masih kekal bertenaga untuk menghabiskan misi dalam kejohanan kali ini. Acara pada hari ketiga melibatkan acara berikut:
·         Lompat  kijang wanita
·         Lompat  tinggi wanita
·         Rejam lembing lelaki
·         Lempar cakera wanita
·         5000 meter jalan kaki lelaki
·         4x400 meter akhir lelaki dan wanita
·         800 meter wanita
·         3000 meter wanita
·         200 meter lelaki dan wanita akhir
  dan lain2..........

Pada hari ketiga ini, IPG Kampus Batu Lintang telah berjaya meraih 3 pingat gangsa iaitu Augustine Bernard bagi acara rejam lembing lelaki , Tan Kian Hoe bagi acara 5000 meter jalan kaki lelaki dan Wendy Wong bagi acara lompat tinggi wanita.
Walaupun IPG kita hanya mampu mendapat 4 pingat secara keseluruhannya, namun semua ternyata amat berpuas  hati dengan pencapaian pada KAGUM kali ini. Sepanjang berlangsungnya KAGUM pada kali ini, pasukan dari IPG Kampus Batu Lintang menunjukkan komitmen yang amat baik dan disiplin yang amta baik sepanjang berada di tempat orang. Timbalan Pengarah amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan dan beliau ingin memantapkan lagi pasukan olahraga pada kejohanan yang akan datang dengan mengadakan latihan olahraga dengan secepat yang mungkin.
Penutupan KAGUM berlangsung pada malam 13 Jun 2012 bertempat di dewan IPG Kampus Perlis, Perlis. Pada malam tersebut, pihak IPG Kampus Perlis mengadakan majlis makan bersama sebelum berlangsungnya majlis penutupan KAGUM 2012.Pada malam itu juga, olahragawan dan olahragawati diumumkan. Acara pada malam tersebut bersurai pada jam 10 malam.








No comments:

Post a Comment